hello aisyah is here!
hmm aisyah selalu tertanya-tanya macam m??ana nak masuk syurga?macam mana ek?? pastu aisyah bukak I love islam. jawpan aisyah tanya dah terjawap yeh!! so ni yang aisyah jumpa kat I LOVE ISLAM
Setiap manusia pasti mengimpikan syurga. Membayangkan diri
bertelekan di atas dipan-dipan yang indah atau membayangkan
diri berjalan sambil berlagu merdu di aman yang segar penuh
keharuman, menebarkan harumnya bunga-bungaan di taman
firdausi. Sungguh mengasyikkan. Namun tidak mudah untuk kita
memasukinya kerana terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang
harus ditempuhi.
Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa
menjalankan syariat-syariat agama dalam usaha mencari keredhaanNya.
Hadiah berupa tiket ke syurga ini adalah hadiah yang paling tinggi
nilainya daripada segala kenikmatan di dunia. Oleh kerana manusia tidak
akan pasti dapat masuk ke syurga, maka banyak insan yang
keraguan,gelisah dan bimbang. Sepanjang zaman manusia selalu berdoa
kepada Allah agar ditujukkan jalan yang lurus agar dapat menggapai syurga
No comments:
Post a Comment